Tarikh sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V ditetapkan pada Sabtu terakhir setiap Julai sepanjang lima tahun pemerintahan baginda bermula tahun ini.
Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV bagi 2017 akan disambut pada 29 Julai ini. Kenyataan itu memaklumkan, pindaan berkenaan mengambil kira Sabtu minggu pertama Jun pada 2017, 2018 dan 2019 adalah pada Ramadan.
Dengan pindaan ini, sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong XV dapat diraikan bersama-sama rakyat melalui penganjuran acara yang dijadualkan.
0 comments:
Post a Comment