Recent

Harap Maaf. Blog masih sedang dikemaskini

Sunday, 5 April 2026

GIFT BOX BAJET SEJADAH NAMA TRAVEL

 "Semalam kawan saya terus menangis (air mata gembira 🥹) bila dapat gift box ni. Ingatkan sejadah biasa, rupanya boleh letak NAMA dia!

"Pening fikir hadiah untuk kawan kahwin/birthday? 😵‍💫 Nak bagi yang memorable tapi tak tahu apa."
✅ Sejadah cantik ✅ Custom nama (nampak eksklusif gila) ✅ Siap kotak ✅ Senang di bawa ke mana-mana
Memang hadiah paling selamat dan bermakna. Link untuk beli sejadah sebagai hadiah di 👇  

https://s.shopee.com.my/8fOCTL4QGu




Sunday, 14 May 2017

Sunday, 7 May 2017

CARA MEMBUAT BISKUT GERY CHEESE

RESEPI BISKUT GERY CHEESE ATAU COKLAT
Biskut menjadi VIral dan Kegilaan Ramai.. Sekarang tak perlu beli dah, Buat je senang, lebih sedap lebihkan cheese.. Ikut citarasa anda
Sumber : Facebook

Bahan - Bahan
1. Cheesedale 5 keping,
2. Butter 20 gram,
3. Susu pekat manis sikit, tambah jika suka manis
4. Pewarna oren satu titik.. / nak buat perisa coklat tambah coco atau milo je..
5. Biskut Julie Cracker / atau apa je pun boleh


Cara - cara

1. Double boil sampai cair, kalau cheese keras sikit guna butter jak tuk kasi cair. Jangan lupa letak air dalam kuali untuk boil cheese dlm acuan.

2. Boleh letak sedikit susu manis bersama cheese untuk tambah sedikit kemanisan.

3. Setitik pewarna oren bagi menerangakan warna seperti biskut gery. Kalau nak perisa lain blh tambah Coklat atau Vanila atau Strawberry

4.Letak cheese yang telah dicairkan ke atas biskut dan tunggu kering

5. Siap dan boleh di makan



biskut gery






biskut gery
sumber : facebook



Video sumber : Facebook



biskut gery




biskut gery




Wednesday, 26 April 2017

CARA MEMASAK PULUT KUNING DITANAK

BISMILLAH.. SALAM

Ssebenarnya Manjer ni bukanla pandai memasak.. dan apa yang Manjer share ni ikut pengalaman Manjer jerk.. kebiasaannya masakan yg tak pernah Manjer wat, Manjer akan tgk youtube ke.. resepi orang lain ke.. hEHEHEE..

Ok.. Manjer share cara menanak pulut kuning bagi mereka yang takde pengukus 


CARA MEMASAK PULUT KUNING DITANAK

Bahan-bahan
1) Beras Pulut 2 Cawan
2) Air 1 Cawan
3) Santan 1/2 kotak atau separuh biji kelapa
4) sedikit garam
5) sehelai Daun pandan
6) sedikit serbuk kunyit


Cara memasak pulut kuning ditanak
1) Mula-mula Manjer cuci beras pulut dan toskan, masuk ke dalam periuk, dan masukkan air.
2) Manjer masukkan santan dan garam sekali bersama serbuk kunyit sebagai pewarna. Boleh tambah serbuk kunyit mengikut pilihan kepekatan warna pulut kuning anda. Garam tu pun Manjer letak secubit rasa jerk.. 
3) Letak daun pandan untuk bau pulut yang wangi
4) Manjer kacau semua sebati dan pasangkan api yg sederhana kecil
5) Tutup tudung periuk dan kena sentiasa perhatikan pulut ketika hampir kering takut menjadi kerak
6) Apabila dah menggelegak.. kacau sedikit dari bawah ke atas kemudian tutup dan bila pulut dah kering sedikit, manjer kacau perlahan-lahan lagi dan kecilkan api yang paling kecil. bila agak2 dah masak sepenuhnya boleh la dihidangkan bersama rendang atau kari ataupun sambal ikan bilis.. 

*kalau rasa air tidak cukup dan nampak terlalu kering boleh tambah air sedikit dari masa ke semasa.. 

SELAMAT MENCUBA DARI MANJER


CARA MEMASAK PULUT KUNING DITANAK

Monday, 24 April 2017

RESEPI AYAM GORENG ALA MCD

RESEPI AYAM GORENG ALA MCD


RESEPI AYAM GORENG ALA MCD


RESEPI NI TAK LA 100% SAMA RASANYA SEPERTI AYAM GORENG MCD, TAPI HAMPIR SAMA RASANYA.. BOLEH CUBA DAN MENIKMATINYA.. 

Bahan-bahan perapan:

1 ekor ayam dipotong 8
8/9 ulas bawang putih dan tumbuk
3/4 sudu besar serbuk cili 
2 sudu serbuk kari ayam
2 sudu teh garam
secubit bikarbonat of soda
Sedikit air

Bahan-bahan untuk salut ayam A

1 sudu serbuk cili 
1 biji telur (pukul dulu)

Bahan untuk salut ayam B

3 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
secubit bikarbonat of soda


Cara-cara penyediaan:

1. Perap ayam yang telah dipotong selama 1 jam dengan bahan perapan.

2. Gaul bahan-bahan salut ayam (A), selepas itu pukul telur dan golekkan ayam dengan telur itu rata-rata.

3. Selepas itu, letak ayam yang sudah digolekkan dengan telur ke dalam bahan - bahan salut ayam (B), salut sehingga sekata, tekan ayam pada tepung berulang kali, kemudian salut lagi dengan bahan salut A dan gaul lagi pada bahan salut B.

4.Goreng ayam yang telah disalut itu. Goreng dalam api yang sederhana, minyak yang penuh menutupi ayam dalam tempoh 10-15 minit.

5. Sedia dihidangkan. Enak dimakan panas-panas. SELAMAT MENCUBA

SUMBER : Facebook dan google

Popular Posts

Powered by Blogger.

Categories

LIKE PAGE DI FB

Weekly

Featured post

GIFT BOX BAJET SEJADAH NAMA TRAVEL

Theme Support

Translate