Recent

Harap Maaf. Blog masih sedang dikemaskini

Thursday 29 November 2012

TIPS BILA BAYI ANDA KEMBUNG PERUT

Hari ni Manjer nak bagi Tips Bila Anak anda terkena kembung perut. Manjer bukan la pakar tentang kanak-kanak dan bayi. Apa yang Manjer nak kongsi ni melalui pengalaman Manjer menjaga 2 orang anak lelaki yg pernah terkena kembung perut time diaorang bayi.. ☺ . Time terkena pada anak sulong Manjer memang ler risau, pening, semua pun ada.. Ye la, 1st time mengalami situasi macam tu, anak pertama takde pengalaman pe².  Tanya kat mak, tanya kat mak mertua, kat kakak semua.. hee.... Alhamdulillah.. anak kedua Manjer jarang kena Kembung perut time bayi.

CARA MENGETAHUI BAYI ANDA SEDANG TERKENA KEMBUNG PERUT
1) Bayi akan nangis walaupun pelbagai cara anda dah buat seperti mendodoikan, membuaikan, memberi susu.. bayi tetap nangis juga
2) Perut bayi kelihatan seperti membuncit sedikit
3) Letak tapak tangan anda di atas perut dan ketuk dengan sebelah tangan lagi di atas tapak tangan tadi, bila bunyi seperti perut anak anda kosong dan dipenuhi angin, kebarangkaliannya anak anda memang sedang terkena kembung perut (cara ni Manjer buat untuk mengelakkan terketuk kuat sangat ke perut anak Manjer. Bleh juga terus ketuk ke perut anak tapi dengan keadaan yang perlahan dan tidak menyakitkan bayi anda)
4) Rasa di bahagian betis bayi anda, sekiranya keras dan tegang, ini juga kemungkinan yang besar anak anda sedang kembung perut.


CARA MENGATASI APABILA BAYI ANDA SEDANG MENGALAMI KEMBUNG PERUT
1) Sapukan sedikit sahaja minyak yang tidak begitu panas seperti minyak telon atau minyak yu yi atau vick di perut, tapak kaki, belakang badan dan di betis anak.
2) Pakaikan barut atau kain yang boleh membalut perut anak anda untuk menghangatkan perut bayi (jgn terlalu tebal, ikut keselesaan bayi)
3) Baringkan bayi dalam keadaan melekap (terbalik), tepuk dengan perlahan-lahan dan urut pelahan belakang bayi supaya angin dapat keluar melalui kentut atau sendawa.. (Anak kedua Manjer suka tido melekap time bayi dulu) 
4) Pakaikan stokin supaya kaki bayi hangat
5) Boleh juga berikan sedikit sahaja Gripe Water - ikut sukatan mengikut umur yg di beri
6) Tuam perut anak menggunakan kain yg diletakkan seketika di alat pemanas seperti seterika ( pastikan jgn terlalu panas )
7) Berdoa dan bacalah ayat-ayat al-quran.. minta anak anda cepat la sembuh dan berhenti menangis

Sekiranya anda dah cuba cara-cara di atas dan anak anda telah mengeluarkan angin melalui kentut atau sendawa, InsyaAllah, kembung perut akan reda dan anak anda akan berhenti menangis. Lepas itu berilah susu secukupnya dan tidurkan anak anda setelah letih menangis kesakitan.. Kita merancang + berusaha + berdoa.. Segalanya Allah yang akan tentukan ye.. 

Gambar Sumber Harian Metro


* Entry akan datang Manjer akan bagi info tentang cara mengelakkan anak anda terkena kembung perut K.. 

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.

LIKE PAGE DI FB

Weekly

Featured post

RESEPI AYAM MASAK KICAP SIMPLE CARA MANJER

Theme Support

Translate