Recent

Harap Maaf. Blog masih sedang dikemaskini

Tuesday 3 October 2017

RESEPI AYAM MASAK KICAP SIMPLE CARA MANJER

BAHAN-BAHANNYA
1. 5 ketul ayam
2. setengah cawan kicap manis
3. 2 ulas bawang merah
4. 1 ulang bawang putih
5. setengah inci halia
6. setengah sudu besar serbuk kunyit
7. sedikit minyak untuk menumis
8. satu setengah cawan air untuk kuah
9. sedikit garam
10. sedikit gula / perasa
11. boleh letak cili besar / cili api / bawang besar

CARANYA
1. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak kemudian kurangkan sedikit minyak, Manjer masukkan bawang putih, bawang merah dan halia.

2. Manjer gaul semua seketika kemudian masukkan serbuk kunyit dan gaul lagi. masukkan kicap kemuadian gaul dan masukkan air. Manjer biarkan sehingga pekat dan mendidih.

3. Masukkan garam dan gula, boleh letak cili atau bawang besar di mayang mengikut kehendak anda.. siap untuk dihidang. sesuai untuk anak-anak anda.. SELAMAT MENCUBA..





Wednesday 17 May 2017

HADIAH HARI GURU BUAT ANDA SEBAK

Sebak baca.. menitis air mata.. 

DARI FACEBOOK : JAMALIAH AMIRUL

HADIAH HARI GURU BUAT ANDA SEBAK


ALLAHHUAKBAR. HEBAT PENGATURANMU YA RABB.
Tak sangka kisah yang biasa2 saya kongsikan menjadi viral. Cantik susunan penceritaan yang Allah aturkan. Rezeki Allah milik mu Huda.
Ustazah rasa kalau tidak kerana kamu tertinggal bungkusan duit syiling yang kamu namakan atas nama ustazah tak mungkin kisah kamu ustazah paparkan di sini. Setiap tahun ustazah masukkan gambar hadiah hari guru yang ustazah terima dari anak murid.
Walaupun di antara hadiah adalah barangn terpakai, tapi ustazah bangga kerana kesungguhan anak murid ustazah untuk memberi...dan pada hari gurulah ustazah rasa amat di hargai dan bermakna kepada semua anak2 murid ustazah.
Tapi tahun ini kamu telah berikan hadiah yang paling besar dan hebat dari sahabat kamu yang lain. Walaupun ustazah guru baru di kelas kamu. Baru di sekolah kamu..ustazah amat2 terharu dan tersentuh hati ustazah. Ya Allah ikhlasnya hati kamu. Hebatbya usaha kamu mengumpul syiling2 lebihan belanja kamu untuk kamu hadiahkan pada ustazah di hari guru ini. HARI GURU 2017 MENJADI AMAT BERMAKNA PADA USTAZAH.
Dari belasan komen dan respon tentang cerita awak huda hari ini dah menjadi 15, 638 respond dan 4, 264 komen yang memuji diri mu dan mendoakan kamu menjadi anak yang solehah dan cemerlang. Meleleh air mata ustazah membaca komen2 mereka tak terbalas dah ustazah atas komen2 tersebut. Cerita kamu juga dah tersebar Huda sampai ke media2 massa. Hebatkan Huda aturan Allah.
Insyaallah ada orang perseorangn yg berhati mulia ingin ustazah sampaikan pemberian mereka kepada kamu. Alhamdulillah syukur. Jangan bimbang lagi Huda insyaallah rezeki kamu itu ada.
Terima kasih kepada anda yang mbaca dan memberi respond yg positif. Saya bangga dengan anda yg punya jiwa tulus dan pemurah. Insyaallah lagi banyak yg kita beri lagi banyak yg allah berikan semula pada kita. Janji Allah itu Pasti.

Sunday 14 May 2017

Wednesday 10 May 2017

DRAMA MENANTI FEBRUARI SLOT SAMRINDA TV3 ~ SUAMI HILANG, PULANG SELEPAS 6 BULAN



DRAMA MENANTI FEBRUARI SLOT SAMRINDA TV3

DRAMA MENANTI FEBRUARI SLOT SAMRINDA TV3
Gambar sumber : google



Copy n paste : Group whatsapp 

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE #193 : SUAMI HILANG, PULANG SELEPAS 6 BULAN

Soalan: Dalam drama 'Menanti Februari', si suami telah hilang selama 6 bulan di laut. Si isteri berkahwin dengan lelaki lain dalam tempoh tersebut. Pada satu hari, suami yang hilang muncul kembali dan mengetahui isterinya telah berkahwin dengan lelaki lain yang juga sahabat baiknya. Apakah hukum perkahwinan tersebut?

Jawapan:

Definisi Mafqud (Orang Yang Hilang)

Perkataan al-mafqud berasal dari bahasa Arab dari kata dasar fa qa da yang bermaksud tiada, hilang, dan lenyap[1]

Imam al-Syafie mendefinisikan mafqud sebagai: “Sesiapa yang tidak didengari khabar tentangnya”[2] Imam al-Nawawi menyatakan mafqud sebagai: “Orang yang terputus khabar berita dan tidak diketahui keadaannya semasa permusafiran atau keberadaannya dalam peperangan atau pada ketika kapal karam atau selainnya.[3]

Para ulama’ mazhab Syafie kontemporari menyatakan mafqud adalah: “Orang yang hilang dari tempat asalnya dalam tempoh yang lama sehingga terputus berita mengenainya dan tidak diketahui juga sama ada dia masih hidup ataupun telah meninggal dunia.” [4]

Tempoh Mafqud Dalam Mazhab

Tidak terdapat nas yang jelas daripada dalil-dalil Quran dan Sunnah berkenaan penetapan tempoh-tempoh tertentu secara tetap bagi tempoh mafqud sebelum diputuskan status kematiannya.

Kebanyakan pendapat yang dinukilkan adalah bersumberkan kepada pendapat-pendapat para sahabat dan pendapat-pendapat tersebut bukan dalam bentuk kesepakatan yang boleh dinilai sebagai hujah ijmak, kerana wujud perselisihan dalam kalangan sahabat dan tabi’en. Namun keperluan kepada tempoh pencarian bagi mafqud adalah disepakati oleh para ulama’.

Nabi SAW memberikan panduan umum dalan isu ini dengan sabdanya:

امْرَأَةُ الْمَفْقُودِ امْرَأَتُهُ حَتَّى يَأْتِيَهَا الْبَيَانُ

“Isteri orang yang hilang, masih dianggap isterinya sehingga datang bukti yang nyata.”

(Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, no. 15565)

Sebelum menghuraikan tempoh mafqud di sisi mazhab Syafie dan  mazhab-mazhab lain serta perundangan Malaysia, ingin kami jelaskan bahawa:

1. Suami yang hilang tetapi keadaannya diketahui dan boleh dihubungi. Dalam situasi ini, si isteri tidak berhak untuk berkahwin lain berdasarkan kepada ijmak para ulama. Namun, sekiranyanya suami gagal untuk memberi nafkah harta kepada isterinya, maka isteri berhak untuk menuntut fasakh melalui qadhi.

2. Suami yang hilang dalam keadaan terputus khabar berita dan tidak diketahui lokasi keberadaannya. Dalam keadaan ini, para fuqaha berselisih pendapat kepada beberapa pandangan seperti berikut:

Pertama: Mazhab Syafie

Menurut qaul jadid (pandangan baru) Imam al-Syafie, tempoh menunggu bagi isteri agar dia boleh menikahi lelaki lain adalah sehingga ada kepastian suaminya telah meninggal dunia atau mentalak isterinya. Manakala menurut qaul qadim (pandangan lama) Imam al-Syafie, tempoh menunggu adalah 4 tahun dengan tambahan masa ‘iddah 4 bulan 10 hari.[5] Pendapat ini juga dipegang oleh Umar bin Al-Khattab, ‘Uthman bin ‘Affan, Ibn ‘Abbas, Ibnu ‘Umar, Malik bin Anas, dan Ahmad.

Pandangan yang sahih lagi masyhur di kalangan ulama Syafie ialah ia terserah kepada ijtihad para hakim dalam menentukannya. Namun begitu, terdapat juga pandangan-pandangan yang mengatakan ia ditentukan selepas 68 tahun, 70 tahun, 80 tahun, 100 tahun dan 120 tahun.[6]

Kedua: Mazhab Hanafi

Dalam mazhab Hanafi, orang yang hilang dihukumkan sebagai mati apabila tiada seorang pun orang sezamannya yang masih lagi hidup di tempatnya tinggalnya. Namun begitu, ulama Hanafi tidak sependapat dalam menentukan umur seseorang yang boleh disabitkan telah meninggal dunia.

Bagi Imam Abu Hanifah, beliau mensabitkan orang yang hilang itu telah meninggal dunia apabila mencapai usia 120 tahun dan pendapat ini disokong oleh al-Qadwari. Abu Yusuf mengatakan apabila berusia 100 tahun, dan terdapat sebahagian mereka yang mengatakan semua itu tertakluk kepada ijtihad hakim dengan mengambil kira keadaan orang yang hilang dan bukti-bukti yang dikemukakan.[7]

Ketiga: Mazhab Maliki

Dalam mazhab Maliki, seseorang yang hilang di negara Islam boleh disabitkan telah meninggal dunia apabila mencapai tempoh menunggu selama 4 tahun. Selain itu, selepas tempoh ini juga, isterinya hendaklah melalui tempoh ‘iddah selama 4 bulan 10 hari bagi menghormati kematian suaminya dan kemudiannya dia boleh berkahwin dengan lelaki lain.

Jika sekiranya dia hilang di negara bukan Islam, maka dia tidak boleh disabitkan meninggal dunia melainkan dikemukakan bukti-bukti yang sahih atau umurnya telah mencapai satu usia yang mustahil terdapat orang yang masih hidup pada usia sedemikian. Bagi Imam Malik dan Ibn Qasim, usia tersebut lingkungan dalam 80 tahun. Ibn Arafah pula berpandangan, usia 75 tahun yang dikira. Terdapat juga sebahagian ulama’ mazhab Maliki yang berpendapat, ia sama seperti kes orang hilang di negara Islam.

Sekiranya seseorang itu hilang di dalam peperangan bersama orang kafir, Imam Malik dan Abu Qasim berpandangan bahawa isterinya hendaklah menunggunya selama 1 tahun dan kemudian menjalani ‘iddah. Terdapat juga pandangan dalam mazhab Maliki yang mengatakan hukumnya adalah sama seperti kes orang hilang di negara Islam.

Sekiranya seseorang itu hilang dalam peperangan sesama orang Islam, maka terdapat pelbagai pendapat dalam mazhab ini, antaranya ada yang mengatakan hendaklah isterinya menunggu selama setahun kemudian menjalani ‘iddah, dan juga terserah kepada ijtihad para pemerintah.[8]

Keempat: Mazhab Hanbali

Bagi ulama Hanbali pula, terdapat dua pendapat bagi seseorang hilang yang secara zahirnya pemergian itu adalah selamat:

1. Tidak akan terputus ikatan perkahwinan selagimana tidak disabitkan kematian suaminya.
2. Isteri itu hendaklah menunggu sehingga suaminya berusia 90 tahun dan ada juga riwayat yang mengatakan tempoh itu ditentukan oleh pemerintah atau mufti. Inilah pandangan yang sahih dalam mazhab Hanbali.

Bagi orang yang hilang yang secara zahirnya pemergian itu adalah membawa bahaya kepada si suami, maka isterinya hendaklah menunggu selama 4 tahun kemudian dia menjalani ‘iddah bagi kematian suaminya.[9] Bagi menentukan masa yang dapat dijadikan dasar untuk menilai mafqud telah meninggal dunia, ia hendaklah diserahkan pada pertimbangan hakim iaitu apabila dia hilang dalam waktu yang sekian lama sehingga sudah tidak ada lagi orang yang seusia dengannya di daerahnya yang mungkin masih lagi hidup.[10]

Tempoh Mafqud Berdasarkan Undang-Undang Syariah di Malaysia

Seksyen 806 Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 561) memperuntukkan:

Apabila soalnya ialah sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa tiada apa-apa khabar telah didengar mengenainya selama empat tahun oleh orang yang sepatutnya mendengar khabar mengenainya jika dia masih hidup, maka beban membuktikan yang dia masih hidup beralih kepada orang yang menegaskannya.

Peruntukan ini diperkukuh dengan seksyen 53(1), Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 (Akta 303) yang menyebut bahawa:

“Jika suami mana-mana perempuan telah mati, atau dipercayai telah mati, atau telah tidak didengar perkhabaran mengenainya bagi suatu tempoh empat tahun atau lebih, dan hal keadaan adalah sebegitu hingga dia patut, bagi maksud membolehkan perempuan itu berkahwin semula, dianggap mengikut Hukum Syara' sebagai telah mati, maka Mahkamah boleh, di atas permohonan perempuan itu dan selepas apa-apa siasatan yang wajar, mengeluarkan dalam bentuk yang ditetapkan suatu perakuan menganggap kematian suami itu dan Mahkamah boleh di atas permohonan perempuan itu membuat perintah bagi pembubaran perkahwinan atau fasakh sebagaimana diperuntukkan di bawah seksyen 52.”

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Setelah dibincangkan pendapat para ulama’ di atas, pendapat yang terpilih di sisi kami dalam isu tempoh mafqud adalah ianya bergantung kepada keputusan dan pertimbangan hakim. Ini selari dengan pandangan masyhur Syafi’iyyah dalam isu ini. Di samping itu, hendaklah meraikan akta yang ditetapkan di Malaysia melalui Mahkamah Syariah. Ini bermakna, jika penentuan hakim sehingga mengambil masa 4 tahun dan lebih, maka si isteri perlu menunggu dan dibenarkan berkahwin lain selepas ‘iddah. Manakala jika selepas 6 bulan - sebagai contoh - sudah dapat disahkan dengan bukti bahawa suaminya meninggal dunia, maka si isteri boleh terus berkahwin lain setelah tamat ‘iddah.

Sekiranya si suami yang hilang kembali semula setelah tamat tempoh mafqud, beliau berhak memilih untuk menikahi isterinya kembali, atau menerima pemulangan mahar (merelakannya dengan suami baru). Ini berdasarkan kenyataan Saidina Umar dan Saidina Uthman:

إِنْ جَاءَ زَوْجُهَا خُيِّرَ بَيْنَ امْرَأَتِهِ وَبَيْنَ الصَّدَاقِ الْأَوَّلِ

“Apabila suaminya kembali (setelah tamat tempoh mafqud), maka si suami diberi pilihan antara kembali memperisterikannya atau menerima pengembalian mahar isterinya tersebut”

(Riwayat Ibn Abi Syaibah, no. 16723)

Berkenaan isu drama “Menanti Februari” yang timbul di media sosial baru-baru ini, jika suaminya hilang di laut (di Malaysia contohnya) maka keputusan tempoh mafqud itu tertakluk kepada keputusan hakim yang pastinya mengambil kira pandangan dan kajian Agensi Peguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab melaksanakan tugas mencari dan menyelamat maritim di Zon Maritim Malaysia dan di lautan lepas.

Maka, kami berpandangan bahawa:

1. Pernikahan si isteri dengan suami baru adalah tidak sah kerana tempoh mafqud yang dinyatakan adalah 6 bulan sahaja tanpa ada babak yang menunjukkan si isteri mendapat keputusan daripada mahkamah syariah berkenaan status perkahwinannya dengan suami yang hilang.

2. Isteri yang pertama masih dikira isteri yang sah bagi suami yang hilang kerana tempohnya tidak mencapai had tempoh mafqud.

3. Anak yang dikandung si isteri hasil hubungannya dengan suami kedua adalah anak syubhah yang lahir daripada persetubuhan syubhah dan dinasabkan kepada ayahnya serta berlaku hukum waris antara si ayah dan anak tersebut. Ulama juga sepakat wajibnya ‘iddah dan sahnya nasab dari hasil pernikahan yang disepakati batalnya seperti menikahi isteri orang lain, jika di sana ada syubhah yang menyebabkan gugurnya hukuman zina, iaitu dia tidak mengetahui haramnya pernikahan tersebut. Oleh itu, pernikahan (yang batal) yang tidak dikira zina, maka anak itu dinisbahkan kepada lelaki yang menyetubuhi ibunya.[11]

Penutup

Suami dan isteri perlu ada asas agama yang baik dan bertanyalah kepada mereka yang lebih arif dalam hal-hal kekeluargaan sekiranya tidak tahu. Nasihat kami kepada pengarah drama dan filem tanahair, sudah sampainya masanya pandangan pihak-pihak berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) diambil serius demi memartabatkan industri lakonan yang patuh syariah. Drama dan filem adalah satu medium yang sangat baik bagi menyebarkan pemahaman Islam dan nilai-nilai murni merentasi sempadan agama. Semoga Allah memberi kita pemahaman agama yang baik dan memelihara kita dan keluarga kita daripada sebarang hal yang menggoyahkan institusi rumahtangga.

Akhukum fillah

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
11 Mei 2017 bersamaan 15 Sya'ban 1438H

___

[1] Ibn Manzur, Lisan al-'Arab

[2] Al-Syafie. Al-Umm, 6/182.

[3] Al-Nawawi, Raudhah al-Talibin, 6/34.

[4] Mustaffa al-Khan et.al. Al-Fiqh al-Manhaji. 2/331; Wahbah al-Zuhayli. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, m. 784-785.

[5] Ibn Hajar al-Haitami. Tuhfat al-Muhtaj, 2/253-254

[6] Al-Khatib Al-Syarbini. Mughni al-Muhtaj, 3/38; Sulaiman bin Muhammad bin Umar. Hasyiah al-Bujairimi, 3/260.

[7] Muhammad bin Ahmad bin Abi Sahal al-Sarkhsi. Al-Mabsut, 11/ 37-38; ‘Ala al-Din Abi Bakar bin

Mas’ud al-Kasani. Badai’ al-Sanai’ fi Tartib al-Syarai’, 5/289 & Ibn Nujaim.  Al-Bahr al-Raiq, 5/178.

[8] Al-Asbahi, Imam Malik bin Anas, t.th, Al-Mudawwanah al-Kubra, Beirut: Dar al-Kutb

al-Ilmiyyah, jld.2, hlm 30-31, Al-Tarabalsi, t.th, jld. 4, hlm.152-161 & Al-Dusuki,

Muhammad Arifah, Hasyiah al-Dusuki ala Syarh al-Kabir, Beirut; Dar al-Fikr, jld.2,

hlm 479.

[9] Al-Buhuti. Kasyfa al-Qina’ An Matan al-Qina’, 4/515.

[10] Muhammad Toha Abu al-Ula Khalifah, Ahkam al Mawarith: Dirasah Tatbiqiyyah, hlm. 542

[11] Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah, 8/123-124.

Pautan ke laman web PMWP: https://goo.gl/OXFFrm

Sunday 7 May 2017

8 Petua Berkesan Menghalau Cicak

8 Petua Berkesan Menghalau Cicak Dalam Rumah:-

Anda boleh gunakan cara yang saya nyatakan dibawah ini.

1.Serbuk kopi
Letak sedikit serbuk kopi ke dalam bekas.Masukkan juga serbuk tembakau dan gaulkan.Ambil pencukil gigi atau batang mancis dan sapu sedikit gam di atasnya kemudian letakkan serbuk yang telah digaulkan tadi.Letakkan di tempat yang sering dimasukki oleh cicak dan juga belakang almari.Cicak akan mati apabila memakan serbuk tersebut.

2. Lada Hitam
Dalam satu bekas,masukkan serbuk lada hitam,serbuk cili dan serta masukkan kesemua bahan tersebut dalam bekas spray.Sembur pada dinding,tingkap dan pintu untuk mengelakkan cicak merayap ke dalam rumah anda.Cicak tidak tahan dengan rasa atau bauan yang pedas.

3. SoS TABASCO
Campurkan air bersama sedikit sos Tabasco dan masukkannya ke dalam botol spray.Sembur bahan tersebut ke belakang almari,rak atau tempat tertutup.Baunya yang tajam akan membuatkan cicak tidak akan berani datang ke tempat semburan itu.

4. BULU AYAM
Cicak secara semulajadinya memang sangat takutkan bulu ayam.Gantung atau letak bulu ayam di sekitar rumah anda.Secara tidak langsung.Cicak tidak akan berani mendekati tempat tersebut.

5. KULIT TELUR
Cicak tidak suka bau telur.Letakkan kulit telur di ruang kosong seperti tepi tingkap atau pintu untuk mengelakkan daripada dimasuki cicak.Jangan lupa untuk gantikan dengan yang baru selepas 2 minggu digunakan.

6. BAWANG PUTIH/MERAH
Cicak sangat bencikan bau bawang putih atau bawang merah.Gantungkan atau letakkan ditempat yang selalu cicak muncul.Anda juga boleh kisarkan bawang dengan sedikit air untuk dijadikan air semburan spray.

7. PLY PAPER
Letakkan ply paper pada bahagian bucu siling dan sudut dinding.Apabila cicak melaluinya,ia akan melekat pada ply paper tersebut.Jadi,dengan mudah anda dapat membuang cicak-cicak yang melekat.

8. PERANGKAP TIKUS
Ramai yang tidak tahu bahaw,perangkap tikus juga boleh digunakan untuk menangkap cicak.Kalau anda tidak percaya,cuba gunakannya dan lihat hasilnya.

gambar sumber : google


Sumber : copy paste group whatsapp 

RESEPI KEK COKLAT MOIST KUKUS

KREDIT FB : Ana Mariana Ismail
nak order kek coklat moist boleh ke Fb akak ni.. Moga dimurahkan rezeki.. amin.. 


BAHAN-BAHAN
* 1 stngah cwn tepung gandum
* 1 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
* 1/2 cwn serbuk koko
1 cwn myk masak
1 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat
7 sudu besar gula
1 sudu besar ovalette
2 bji telur gred A

CARA-CARANYA
Ayak smua bhn2 yg bertanda * ketepikan.
Bahan2 lain smua masukkan dlm blender pastu blend jer sampai sebati pastu tuang dlm bekas yg ada bhn2 tepung + serbuk koko td kacau2 jer guna handwisk sampai sebati.Pastu klau nk kaler dia jd hitam menawan tu masukkan sedikit coklat emulco yer. ( Utk bg lg moist kek tu masukkan sedikit coklat rice ke dlm adunan sebelum kukus )

Ok pastu masukkan adunan ke dlm loyang yg dh disapu sedikit marjerin.Kukus kek selama 1 jam api sederhana yer.Pastikan panaskan dulu pengukus tu sebelum masukkan kek & balut penutup periuk ngan kain utk elakkan air wap menitik atas kek yer.

Topping (guna kaedah double boil)
Panaskan susu cair+susu pekat pastu masukkan coklat masakan (guna dark coin beryls punya) Bila coklat dh larut bersama susu masukkan sedikit shortening.Sukatan agak2 la yer..agak2 pkai tgn jer letak.

Cara topping atas kek
Biar kek & topping agak suam baru kita tuang topping atas kek. guna separuh jer daripada adunan topping tu dulu. Pastu masukkan kek dlm peti ais dlm 30 minit pastu keluarkan tuang lg balance topping kita td. InsyaAllah kek akan jg shinning lawa jer.Selamat mencuba yer smua.



RESEPI KEK COKLAT MOIST KUKUS


RESEPI KEK COKLAT MOIST KUKUS

CARA MEMBUAT BISKUT GERY CHEESE

RESEPI BISKUT GERY CHEESE ATAU COKLAT
Biskut menjadi VIral dan Kegilaan Ramai.. Sekarang tak perlu beli dah, Buat je senang, lebih sedap lebihkan cheese.. Ikut citarasa anda
Sumber : Facebook

Bahan - Bahan
1. Cheesedale 5 keping,
2. Butter 20 gram,
3. Susu pekat manis sikit, tambah jika suka manis
4. Pewarna oren satu titik.. / nak buat perisa coklat tambah coco atau milo je..
5. Biskut Julie Cracker / atau apa je pun boleh


Cara - cara

1. Double boil sampai cair, kalau cheese keras sikit guna butter jak tuk kasi cair. Jangan lupa letak air dalam kuali untuk boil cheese dlm acuan.

2. Boleh letak sedikit susu manis bersama cheese untuk tambah sedikit kemanisan.

3. Setitik pewarna oren bagi menerangakan warna seperti biskut gery. Kalau nak perisa lain blh tambah Coklat atau Vanila atau Strawberry

4.Letak cheese yang telah dicairkan ke atas biskut dan tunggu kering

5. Siap dan boleh di makan



biskut gery






biskut gery
sumber : facebook



Video sumber : Facebook



biskut gery




biskut gery




Popular Posts

Powered by Blogger.

LIKE PAGE DI FB

Weekly

Featured post

RESEPI AYAM MASAK KICAP SIMPLE CARA MANJER

Theme Support

Translate