Recent

Harap Maaf. Blog masih sedang dikemaskini

Thursday, 29 November 2012

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN BERNIAGA SECARA DROPSHIP

Seperti yang Manjer tulis di entry sebelum ni di SINI dan juga di SINI ari ni Manjer nak bagitau apa kelebihan dan kekurangn bisnes secara Dropship ini berdasarkan pengalaman yang pernah Manjer lalui.

KELEBIHAN
- Tak perlu keluarkan modal untuk beli stock barang
- Tak perlu simpan stock
- Tak akan menanggung kerugian sekiranya barang tak laku di jual
- Tak perlu membuat penghantaran dan pengeposan barang

KEKURANGAN
- Anda tak tau kondisi sebenar item kerana stock pada pembekal
- Jika pembekal anda bercuti anda pun terpaksa bercuti untuk menjual produk mereka
- Anda perlu berdepan dengan pembeli yang pelbagai jenis cara, gaya dan perangai
- Anda perlu bersedia berdepan dengan masalah seperti pembekal tersalah hantar item, lambat hantar, pos laju atau courier yang ada masalah nak hantar ke tempat anda dan macam-macam lagi .. ( biasalah, pembekal ke, pos laju ke kita ni semua pun manusia biasa kadang-kadang mesti wat silap kan.. )

TIPS UNTUK ANDA YANG BARU NAK MULAKAN PERNIAGAAN SECARA DROPSHIP
1) Cari pembekal atau dropshipper yang mudah berurusan dan tak mengenakan syarat yang banyak pada anda. Kalau dapat pembekal yang bagi komisyen yang banyak lagi bagus, hee..
2) Cari item yang hot di pasaran senang untuk di jual, 
3) Manjer tatau sangat dengan Dropship di Ebay yang popular jugak untuk berniaga secara Dropship tapi jika anda serius bleh la beli Ebook atau bertanya pada kawan dan Search di Google
4) Dalam dunia perniagaan memang banyak cabaran dan dugaan, anda perlu bersabar dan wat yg terbaik
5) Kalau boleh jangan tumpukan pada satu tapak perniagaan sahaja, maksud Manjer kalau anda serius dan rajin, dah promosi di Facebook Page, cuba promosi di blog atau web atau forum dan portal niaga yang lain pula
6) Banyak tempat anda boleh iklan dan promosi secara percuma seperti di Mudah, Bazaria, Laku dan banyak lagi
7) Kalau nak tips-tips pemasaran dan perniagaan internet yang lebih berkesan ikuti Facebook Irfan Khairi dan pergi seminar beliau yang kebanyakkan di lakukan secara percuma
8) Banyakkan berdoa pada Allah .. bersyukur dengan rezeki yang diberikan.. 

Ok, rasanya tu jerk la yang Manjer nak sampaikan ilmu serba sedikit mengenai perniagaan ini.. jika ada kekuarangan atau kesilapan anda boleh terus merujuk dengan Search di Google. Moga apa yang Manjer kongsikan memberi manfaat pada semua..


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Powered by Blogger.

LIKE PAGE DI FB

Weekly

Featured post

RESEPI AYAM MASAK KICAP SIMPLE CARA MANJER

Theme Support

Translate