Recent

Harap Maaf. Blog masih sedang dikemaskini

Thursday 29 November 2012

APA ITU DROPSHIP

Erm.. Manjer kenal dunia dropship ni dari kawan suami. Dia mmg tak pernah cerita mengenainya tapi Manjer ternampak secara tak sengaja di wall facebook. Dia ada tunjuk gambar hasil jualan dia di ebay.

Kebetulan pula ketika Manjer duk di umah sewa aritu, jiran Manjer ada cite suami dia pun ada wat bisnes online. Dia tak cite barang apa yang dia jual .. Tapi cam rasa nak tau gak apa benda dropship ni kan.. Kalau anda semua search kat google byk gak penerangan mengenainya. Tapi apa yang Manjer nampak kebanyakkan terutama lelaki suka wat dropship di ebay. Mungkin kaum lelaki ni malas skit nak wat blogshop atau wat page perniagaan di Facebook. Lagipun di ebay confirm 90% org gi lawat ebay tu sebab nak beli barang kan.. :) dan lebih meluas gak ke seluruh dunia.. Manjer takde kad kredit takleh nak wat akaun ebay.. uhu..

ok.. ni Manjer terangkan skit apa yang Manjer tau pasal dropship setelah berpengalaman 7 bulan dlm perniagaan ni.

Apa itu "Dropship"

Ok. kalau anda masih tak paham, senang cite camni .. Contoh ada ada butik tudung, anda nak meningkatkan jualkan bukan hanya di butik sahaja.. Tetapi anda tak berapa mahir mempromosi dan memasarkan tudung anda secara online.. Anda cari seseorg contoh nama AFIS sebagai agen untuk mencari pembeli. Contoh tudung tu sehelai harga RM100.00 anda tetapkan pada AFIS akan berikan 20% komisen dari penjualan sehelai baju tu pada AFIS sekiranya dia berjaya mencari pembeli. 

AFIS telah mempromosikan tudung tu di Facebook nyer dan salah seorang friendlist dia bernama ANA berminat dan membuat tempahan pada AFIS.  ANA akan membayar AFIS dengan harga tudung RM100.00 + kos pengeposan RM6.00 = RM106.00. AFIS membayar kepada anda (dropshipper) RM80.00 sahaja setelah di tolak komisyen 20% seperti yang telah ditetapkan.. ( RM100 - 20% = RM80 ). AFIS perlu memberikan detail pembeli seperti nama, alamat dan no telefon pembeli kepada anda ( dropshipper ) untuk rekod pengeposan Pos Laju atau Courier yang lain. 

Anda sebagai pembekal ( tuan punya tudung ) iaitu Dropshipper perlu menghantar tudung yang ditempah kepada pembeli seperti detail yang telah diberi AFIS tadi. So, AFIS akan dapat untung RM20 tanpa mengeluarkan modal apa pun. 

Contoh Dropship

Lebih kurang gak la macam Agen Hartanah, tolong jualkan tanah atau rumah.. uhu.. Bertindak sebagai org tengah. Nampak macam senang sebab takyah kuar modal untuk stock tapi tetap ada kelebihan dan kelemahan dia.. Nanti Manjer akan cerita di entry akan datang OK!..

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Popular Posts

Powered by Blogger.

LIKE PAGE DI FB

Weekly

Featured post

RESEPI AYAM MASAK KICAP SIMPLE CARA MANJER

Theme Support

Translate